BAHASA MELAYU
SIMPULAN BAHASA TAHUN 4
A
Ada hati
Maksud: Mempunyai keinginan
Ayat : Rosnah ada hati untuk membeli kereta yang mahal itu.
Air muka
Maksud: Wajah atau nama baik.
Ayat : Air muka Ramasamy berubah apabila Cikgu Alias masuk ke kelas.
Ambil masa
Maksud: Memerlukan masa
Ayat : Rashid mengambil masa yang lama untuk menyiapkan kerja yang disuruh
gurunya.
Angkat bakul
Maksud: Suka meninggi diri atau sombong
Ayat :Sikap angkat bakul yang ada pada Halim menyebabkan dia tidak disukai oleh
kawan-kawannya.
Ayam tambatan
Maksud: Orang harapan dalam satu-satu pertandingan
Ayat :Alwi menjadi ayam tambatan pasukan hokinya kerana dia cekap menjaringkan gol.
B
Berat tulang
Maksud :Orang yang malas
Ayat :Sikap Berat tulang Pak Salleh tidak disenangi oleh jiran-jirannya .
Besar hati
Maksud :Gembira atau bangga.
Ayat :Tila berasa besar hati kerana sajak ciptaannya tersiar juga dalam akhbar.
Buah fikiran
Maksud : Pendapat.
Ayat : Ketua Polis Negara telah memberikan buak fikiran bagaimana untuk membenteras kegiatan jenayah di negara ini.
Busuk hati
Maksud :Hati yang jahat
Ayat :Segala sikap busuk hati hendaklah dikikis agar tidak memudaratkan pemikiran kita .
Beri muka
Makna : Memanjakan atau membiarkan apa sahaja yang hendak dilakukan seseorang sesuka hatinya .
Ayat : Pak Abu terlalu Beri muka kepada anak-anaknya menyebabkan anak –anak Pak Abu tidak mendengar segala nasihatnya .
Berat sebelah
Maksud :Tidak adil
Ayat : Pengadil perlawanan bola sepak itu telah digantung khidmatnya kerana bersikap berat sebelah
C
Cari jalan
Maksud: Berikhtiar atau berusaha
Ayat : Kamarul cuba cari jalan untuk keluar dari gaung yang dalam itu .
Cencaru makan petang
Maksud: Pekerjaan yang lambat, tetapi hasilnya baik.
Ayat : Siapa yang menyangka pasukan bola sepak itu muncul sebagai juara apabila hanya pada minit terakhir mereka menyumbat dua gol, tidak ubah seperti cencaru makan petang.
Cepat tangan
Maksud: Suka mencuri
Ayat : Sikap cepat tangan Zani semakin menjadi-jadi apabila berkawan dengan Mahmud.
Curi tulang
Maksud: Tidak berkerja apabila tidak diawasi.
Ayat : Ada juga sesetengah pelajar yang cuba curi tulang apabila gotong-royong
dijalankan.
D
Darah daging
Maksud: Saudara sendiri.
Ayat : Mimi bukanlah orang lain dalam keluarga Puan Zaitan, malah darah dagingnya sendiri.
Durian runtuh
Maksud: Keuntungan yang diperoleh secara tiba-tiba
Ayat : Sejak mendapat durian runtuh, Kamil semakin sombong.
Dapat khabar
Maksud: Menerima berita atau perkhabaran
Ayat : Mak Fitah dapat khabar daripada Tuk Ketua yang Jalil sudah pun ditangkap.
Darah Muda
Maksud: Semangat atau perasaan orang muda
Ayat : Remaja kini terlalu ikutkan darah muda sehingga sanggup menderhaka kepada ibu bapa
E
Emak Angkat
Maksud: Perempuan yang dianggap seperti ibu sendiri
Ayat : Menyedari dirinya sebatang kara , Vignes menjadikan cik Vennie emak angkatnya
Enau Mencari sigai
Maksud: Perempuan mencari lelaki
Ayat : Sikap Cik Fong yang tergila – gilakan Encik Meng itu samalah dengan enau mencari sigai
F
Fikir masak – masak
Maksud: Memikirkan sesuatu dengan teliti
Ayat : Sebelum memberi keputusan tentang pelawaan itu, Ajin telah berfikir masak –masak tentang baik dan buruknya
Fikiran buntu
Maksud: Sukar mendapat jalan penyelesaian
Ayat : Oleh kerana fikiran buntu, pengerusi mengambil keputusan menangguhkan mesyuarat itu.
Fikiran sempit
Maksud: seseorang yang cetek fikirannya
Ayat : jika kita mempunyai fikiran sempit, arus pembangunan tidak akan membawa sebarang makna
Fikiran tajam
Maksud: Cepat memahami sesuatu
Ayat : Orang yang memepunyai fikiran tajam boleh menjadi petunjuk pada yang bodoh
Fikiran terbuka
Maksud: Tidak menaruh syak wasangka
Ayat : Teguran oleh orang yang lebih tua hendaklah diterima dengan fikiran terbuka
G
Gagak pulang ke benua
Maksud: Seseorang yang telah pergi lama merantau atau berdagang tetapi tidak membawa sebarang perubahan bila pulang ke tempat asal
Ayat : Sudah bertahun – tahun Shahrul pergi merantau, akhirnya dia pulang ke kampung tanpa berubah, samalah seperti gagak pulang ke benua
Garam jatuh ke air
Maksud: nasihat yang diterima dengan baik atau dipatuhi
Ayat : nasihat yang diberi oleh ayah diterima dengan baik oleh abang, seperti garam jatuh ke air
Gatal di tangan
Maksud: Gemar membuat pekerjaan yang bukan – bukan
Ayat : Remaja kini semakin gatal tangan bila berada di dalam bas
Gergaji dua mata
Maksud: Mendapat keuntungan daripada kedua – dua belah pihak yang bermusuh
Ayat : Azizul juga yang mendapat keuntungan daripada perselisihan faham yang terjadi antara Adnan dan Fauzi, ibarat gerjaji dua mata
H
Hancur hati
Maksud: Sangat sedih
Ayat : Hancur hati Pak Wahid apabila mengetahui anak kesayangannya terbabit dalam kes jenayah
Harga diri
Maksud: Maruah
Ayat : Sejak datang ke kota. Dian semakin lupa akan harga dirinya
Harga mati
Maksud: Harga yang tidak boleh ditawar
Ayat : Harga barang – barang yang terdpat di pasar raya ini ialah harga mati
Hati emas
Maksud: Baik hati
Ayat : Walaupun kini dia sudah menjadi jutawan namun dia tetap berhati emas
Hati perut
Makud: Perasaan yang baik
Ayat : Sarmi tidak berhati perut lansung kerana sanggup melanggar anak kucing tersebut
I
Ikut suka
Maksud: Ikut kehendak sendiri
Ayat : Kita tidak boleh menghukum seseorang dengan ikut suka sahaja
Ibu kandung
Maksud: Ibu sendiri
Ayat : Dahlia berazam akan mencari ibu kandungnya pada suatu hari nanti
Iri hati
Maksud: Perasaan dengki atau tidak senang dengan kelebihan orang lain
Ayat : Lisa iri hati pada kelebihan yang ada pada Ayu
Isi hati
Maksud: Perasaan
Ayat : Ibu bapa hendaklah memahami isi hati anak – anak pada zaman ini
Itik mendapat air
Maksud: Memperoleh sesuatu yang disukai
Ayat : Adik seperti itik mendapat air apabila abang menghadiahkan jam tangan semasa hari jadinya
J
Jalan keluar
Maksud: Penyelesaian sesuatu masalah
Ayat : Azhan mencari jalan keluar bagi menyelesaian masala isterinya
Jauh hati
Maksud: Berasa tersinggung atau merajuk
Ayat : Norli berasa jauh hati dengan sikap ibu tirinya yang garang dan bengis
Jiwa besar
Maksud: Mempunyai cita – cita dan semangat yang tinggi
Ayat : Zali berjiwa besar mahu menjadi seorang usahawan muda yang berjaya
Jalan darat
Maksud: Jalan yang digunakan oleh kenderaan dan orang orang ramai di darat, seperti jalan raya
Ayat : Setiap hari kita menggunakan jalan darat sebagai jalan perhubungan
Jalan fikiran
Maksud: Cara berfikir
Ayat : Jalan fikiran Johan terlalu sempit sehingga sanggup membunuh diri sendiri
K
Kaki bangku
Maksud: Orang tidak tahu bermain
Ayat : Hasil usahanya yang gigih berlatih , kini dia tidak dipanggil kaki bangku lagi
Kata hati
Maksud: kata – kata yang terbit dari dalam hati
Ayat : Mereka terlalu ikutkan kata hati hingga lupa maut yang akan tiba bila – bila masa
Kata sepakat
Maksud: Persetujuan
Ayat : Guru besar mengambil kata sepakat akan mengadakan jamuan tersebut
Kecil hati
Maksud: Tersinggung
Ayat : Ramu kecil hati atas tuduhan yang dilemparkan oleh Yasmin tanpa usul periksa
tiada batu loncatan
ReplyDelete