Thursday, 1 December 2011

MUTIARA PERINGATAN

Wahai anak Adam ,
Telah teguh ,langit di angkasa tanpa sebatang tiang pun,
Hanya sekadar dengan satu nama sahaja daripada nama-namaKU ,
tEtapi hatimu tidak teguh walau dengan seribu pengajaran dari kitab-kitabKu .
Wahai anak Adam,
Seperti mana batu tidak akan menjadi lembut di dalam air,
Demikianlah peringatan tidak akan memberi bekas pada hati yang keras .
Wahai anak Adam ,
Sesungguhnya telah datang kepadamu pengajaran dari Tuhanmu dan penawar bagi hati .
Kenapakah kamu tidak berbuat baik kecuali hanya kepada mereka yang berbuat baik
Kepadamu?
Kenapakah kamu tidak bersilaturrahim kecuali kepada mereka yang bersilaturahim
Denganmu ?
Kenapa kamu tidak berbicara kecuali hanya kepada mereka yang berbicara denganmu?
Kamu tidak memberi makan kecuali kepada mereka yang memberi makan kepadmu,
Kamu tidak memuliakan kecuali kepada mereka yan memuliakanmu .

Wahai anak Adam,
Tidak terlebih baik seseorang itu daripada yang lain.
Sesungguhnya orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul , mereka melakukan kebaikan kepada orang yang jahat kepada mereka ,bersilaturrahim kepada orang yang memutuskannya. Memaafkan mereka yang tidak memberi kemaafan kepadanya.Mereka amanah kepada mereka yang menkhianatinya .Berbicara kepada mereka yang enggan berbicara dengannya. Memuliakan mereka yang menghinanya .
Wahai anak Adam ,
Setiap umur itu akan binasa walau sepanjang mana pun.Dunia itu seperti teduhan bayang-bayang ,tinggal sebentar kemudian ia berlalu dan tidak akan kembali lagi pada mu .
Wahai anak Adam,
Sesiapa yang jalannya adalah kematian bagaimana boleh bergembira terhadap dunia.Sesiapa yang rumahnya adalah kubur,bagaimana boleh merasa senang dengan rumahnya di atas dunia.
Wahai anak Adam,
Rezeki yang sedikit yang kamu syukuri itu terlebih baik daripada memperolehi rezeki yang banyak tanpa disyukuri .
Wahai anak Adam ,
Sesungguhnya Aku tidak melihat kepada rupa paras kamu tetapi kepada hati kamu.Sesungguhnya Aku tersangat mengetahui tentang perbuatan kamu .

Monday, 31 October 2011

SIMPULAN BAHASA TAHUN 4

                                   BAHASA MELAYU

                        SIMPULAN BAHASA  TAHUN 4
 A                              


Ada  hati
Maksud: Mempunyai keinginan
Ayat      : Rosnah ada hati untuk membeli kereta yang mahal itu.

Air muka
Maksud: Wajah atau nama baik.
Ayat      : Air muka Ramasamy berubah apabila Cikgu Alias masuk ke kelas.

Ambil masa
Maksud: Memerlukan masa
Ayat     : Rashid mengambil masa yang lama untuk menyiapkan kerja yang disuruh 
               gurunya.

Angkat bakul
Maksud: Suka meninggi diri atau sombong
Ayat      :Sikap angkat bakul yang ada pada Halim menyebabkan dia tidak disukai oleh
               kawan-kawannya.

Ayam tambatan
Maksud: Orang harapan dalam satu-satu pertandingan
Ayat     :Alwi menjadi ayam tambatan pasukan hokinya kerana dia cekap menjaringkan gol.

B


Berat tulang
Maksud :Orang yang malas
Ayat      :Sikap Berat tulang Pak Salleh tidak disenangi oleh jiran-jirannya .

Besar hati
Maksud :Gembira atau bangga.
Ayat      :Tila berasa besar hati kerana sajak ciptaannya tersiar juga dalam akhbar.

Buah fikiran
Maksud : Pendapat.
Ayat      : Ketua Polis Negara telah memberikan buak fikiran  bagaimana untuk membenteras kegiatan jenayah di negara ini.

Busuk hati
Maksud :Hati yang jahat
Ayat      :Segala sikap busuk hati hendaklah dikikis  agar tidak memudaratkan pemikiran  kita .

Beri muka
Makna : Memanjakan atau membiarkan apa sahaja yang hendak dilakukan seseorang  sesuka hatinya .
Ayat     : Pak Abu terlalu Beri muka kepada anak-anaknya menyebabkan anak –anak  Pak Abu tidak mendengar segala nasihatnya .

Berat sebelah
Maksud :Tidak adil
Ayat       : Pengadil perlawanan bola sepak itu telah digantung khidmatnya kerana bersikap                  berat sebelah                                                                                                                       


C


Cari  jalan
Maksud: Berikhtiar atau berusaha
Ayat      : Kamarul cuba cari jalan untuk keluar dari gaung yang dalam itu .

Cencaru makan petang
Maksud: Pekerjaan yang lambat, tetapi hasilnya baik.
Ayat     : Siapa yang menyangka pasukan bola sepak itu muncul sebagai juara apabila hanya pada minit terakhir mereka menyumbat dua gol, tidak ubah seperti cencaru makan petang.

Cepat tangan
Maksud: Suka mencuri
Ayat      : Sikap cepat tangan Zani semakin menjadi-jadi apabila berkawan dengan Mahmud.

Curi tulang
Maksud: Tidak berkerja apabila tidak diawasi.
Ayat     : Ada juga sesetengah pelajar yang cuba curi tulang apabila gotong-royong                                                                                                                
               dijalankan.

D


Darah daging
Maksud: Saudara sendiri.
Ayat     : Mimi bukanlah orang lain dalam keluarga Puan Zaitan, malah darah dagingnya sendiri.

Durian runtuh
Maksud: Keuntungan yang diperoleh secara tiba-tiba
Ayat      : Sejak mendapat durian runtuh, Kamil semakin sombong.

Dapat khabar
Maksud: Menerima berita atau perkhabaran
 Ayat    : Mak Fitah dapat khabar daripada Tuk Ketua yang Jalil sudah pun ditangkap.

Darah Muda
Maksud: Semangat atau perasaan orang muda
Ayat      : Remaja kini terlalu ikutkan darah muda sehingga sanggup menderhaka kepada ibu  bapa

E


Emak Angkat
Maksud: Perempuan yang dianggap seperti ibu sendiri
Ayat      : Menyedari dirinya sebatang kara , Vignes menjadikan cik Vennie emak angkatnya

Enau Mencari sigai
Maksud: Perempuan mencari lelaki
Ayat      : Sikap Cik Fong yang tergila – gilakan Encik Meng itu samalah dengan enau  mencari sigai

F


Fikir masak – masak
Maksud: Memikirkan sesuatu dengan teliti
Ayat      : Sebelum memberi keputusan tentang pelawaan itu, Ajin telah berfikir masak –masak tentang baik dan buruknya

Fikiran buntu
Maksud: Sukar mendapat jalan penyelesaian
Ayat      : Oleh kerana fikiran buntu, pengerusi mengambil keputusan menangguhkan mesyuarat itu.

Fikiran sempit
Maksud: seseorang yang cetek fikirannya
Ayat      : jika kita mempunyai fikiran sempit, arus pembangunan tidak akan membawa sebarang makna

Fikiran tajam
Maksud: Cepat memahami sesuatu
Ayat      : Orang yang memepunyai fikiran tajam boleh menjadi petunjuk pada yang bodoh

Fikiran terbuka
Maksud: Tidak menaruh syak wasangka
Ayat      : Teguran oleh orang yang lebih tua hendaklah diterima dengan fikiran terbuka

G


Gagak pulang ke benua
Maksud: Seseorang yang telah pergi lama merantau atau berdagang tetapi tidak membawa sebarang perubahan bila pulang ke tempat asal
Ayat      : Sudah bertahun – tahun Shahrul pergi merantau, akhirnya dia pulang ke kampung tanpa berubah, samalah seperti gagak pulang ke benua

Garam jatuh ke air
Maksud: nasihat yang diterima dengan baik atau dipatuhi
Ayat      : nasihat yang diberi oleh ayah diterima dengan baik oleh abang, seperti garam jatuh ke air

Gatal di tangan
Maksud: Gemar membuat pekerjaan yang bukan – bukan
Ayat      : Remaja kini semakin gatal tangan bila berada di dalam bas

Gergaji dua mata
Maksud: Mendapat keuntungan daripada kedua – dua belah pihak yang bermusuh
Ayat      : Azizul juga yang mendapat keuntungan daripada perselisihan faham yang terjadi antara Adnan dan Fauzi, ibarat gerjaji dua mata

H


Hancur hati
Maksud: Sangat sedih
Ayat      : Hancur hati Pak Wahid apabila mengetahui anak kesayangannya terbabit dalam kes jenayah

Harga diri
Maksud: Maruah
 Ayat     : Sejak datang ke kota. Dian semakin lupa akan harga dirinya

Harga mati
Maksud: Harga yang tidak boleh ditawar
Ayat      : Harga barang – barang yang terdpat di pasar raya ini ialah harga mati

Hati emas
Maksud: Baik hati
Ayat      : Walaupun kini dia sudah menjadi jutawan namun dia tetap berhati emas

Hati perut
Makud: Perasaan yang baik
Ayat     : Sarmi tidak berhati perut lansung kerana sanggup melanggar anak kucing tersebut

I


Ikut suka
Maksud: Ikut kehendak sendiri
Ayat      : Kita tidak boleh menghukum seseorang dengan ikut suka sahaja

Ibu kandung
Maksud: Ibu sendiri
Ayat      : Dahlia berazam akan mencari ibu kandungnya pada suatu hari nanti 

Iri hati
Maksud: Perasaan dengki atau tidak senang dengan kelebihan orang lain
Ayat      : Lisa iri hati pada kelebihan yang ada pada Ayu

Isi hati
Maksud: Perasaan
Ayat      : Ibu bapa hendaklah memahami isi hati anak – anak pada zaman ini

Itik mendapat air
Maksud: Memperoleh sesuatu yang disukai
Ayat      : Adik seperti itik mendapat air apabila abang menghadiahkan jam tangan semasa hari jadinya

J


Jalan keluar
Maksud: Penyelesaian sesuatu masalah
Ayat      : Azhan mencari jalan keluar bagi menyelesaian masala isterinya

Jauh hati
Maksud: Berasa tersinggung atau merajuk
Ayat      : Norli berasa jauh hati dengan sikap ibu tirinya yang garang dan bengis

Jiwa besar
Maksud: Mempunyai cita – cita dan semangat yang tinggi
Ayat      : Zali berjiwa besar mahu menjadi seorang usahawan muda yang berjaya

Jalan darat
Maksud: Jalan yang digunakan oleh kenderaan dan orang orang ramai di darat, seperti jalan raya
Ayat      : Setiap hari kita menggunakan jalan darat sebagai jalan perhubungan

Jalan fikiran
Maksud: Cara berfikir
Ayat      : Jalan fikiran Johan terlalu sempit sehingga sanggup membunuh diri sendiri

K


Kaki bangku
Maksud: Orang tidak tahu bermain
Ayat      : Hasil usahanya yang gigih berlatih , kini dia tidak dipanggil kaki bangku lagi     

Kata hati
Maksud: kata – kata yang terbit dari dalam hati
Ayat      : Mereka terlalu ikutkan kata hati hingga lupa maut yang akan tiba bila – bila masa

Kata sepakat
Maksud: Persetujuan
Ayat      : Guru besar mengambil kata sepakat akan mengadakan jamuan tersebut

Kecil hati
Maksud: Tersinggung
Ayat      : Ramu kecil hati atas tuduhan yang dilemparkan oleh Yasmin tanpa usul periksa

Blogger

Nama          : AZIZAH BT ABD RAZAK
No Matrik  : D20102043915
Topik          : SIMPULAN BAHASA TAHUN 4.